Peralihan akhbar Berita Harian (BH) daripada format lembaran lebar atau broadsheet kepada saiz kompak akan menjadikannya lebih mudah dibawa, lebih menarik dan lebih relevan kepada pembaca masa kini terutamanya golongan belia, kata pemimpin masyarakat yang ditemui BH.
Berkongsi pandangannya, Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Negara), Dr Syed Harun Alhabsyi, berkata langkah tersebut mencerminkan usaha berterusan BH untuk kekal relevan...





