Nama dua individu cemerlang yang bakal disampaikan dengan Anugerah Jauhari Berita Harian 2025 dan Anugerah Jauhari Harapan Berita Harian 2025, akan diketahui dalam satu majlis gilang-gemilang di Hotel Four Seasons Singapore pada 7 November.
Dalam edisi ke-27 kali ini, anugerah tersebut terus menghargai anggota masyarakat Melayu/Islam yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang masing-masing, malah turut mengangkat martabat masyarakat melalui kepimpinan,...





