Akhbar Berita Harian (BH) bakal melangkah ke fasa baru dalam sejarah penerbitannya apabila ia bertukar format daripada lembaran lebar atau broadsheet kepada saiz kompak pada suku pertama 2026.
Mengumumkan demikian di majlis Anugerah Jauhari di Hotel Four Seasons pada 7 November, Editor BH, Encik Nazry Mokhtar, berkata perubahan format cetak tersebut adalah lanjutan daripada transformasi menyeluruh BH yang bermula lebih...





