Tender bagi sebuah tapak tepi laut seluas empat hektar di Marina South telah dianugerahkan kepada pengendali Eropah, Therme Group, yang akan membangunkan tarikan kesejahteraan bernilai $1 bilion dan dijangka dibuka menjelang 2030.
Tarikan kesejahteraan di Marina South itu akan menampilkan kolam air panas, sauna, bilik mandian wap dan gelongsor air, kata Lembaga Pelancongan Singapura (STB) dalam satu kenyataan pada 4...





