SYDNEY (Australia): Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Optus, Encik Stephen Rue, tidak berhasrat meletak jawatan susulan gangguan panggilan kecemasan yang mengorbankan nyawa pada September, sewaktu kepimpinannya dan syarikat telekomunikasi itu menjadi sasaran kritikan dalam Parlimen Australia.
“Saya yakin ini bukanlah waktu yang sesuai untuk menukar kepimpinan, kerana Optus dan para pelanggannya tidak memerlukan perubahan sedemikian pada masa ini,” kata Encik Rue...





