GYEONGJU, Korea Selatan: Sidang Puncal Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) 2025 bermula pada 31 Oktober dengan tumpuan kepada usaha memperkukuh daya tahan ekonomi, memelihara perdagangan bebas, dan mengurangkan sekatan unilateral yang semakin meningkat di rantau ini.
Perhimpunan dua hari itu menghimpunkan 21 pemimpin ekonomi anggota Apec, wakil negara tetamu serta organisasi antarabangsa bagi membincangkan langkah memperkukuh integrasi ekonomi serantau...





