BAITULMAKDIS: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun maut selepas terjatuh dari bangunan dalam satu perhimpunan besar-besaran masyarakat Yahudi, ultra-Ortodoks, yang membantah mewajibkan perkhidmatan ketenteraan ke atas golongan mereka di Baitulmakdis pada 30 Oktober, kata pihak berkuasa Israel.
Perhimpunan itu disertai lebih 200,000 orang, kebanyakannya lelaki berpakaian hitam tradisional, memenuhi jalan utama menuju ke ibu kota melalui Lebuhraya Route 1 membawa...





