Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar (KWSAB) kembali meriah dengan warna-warni budaya serumpun apabila Festival Wonderful Nusantara (WNF) 2025 membuka tirainya, menampilkan gabungan seni tari, teater, dan pameran warisan dari pelbagai negara di rantau ini.
Penganjuran tahun 2025 menandakan edisi ketiga festival tersebut yang dianjurkan oleh Yayasan Warisan Johor (YWJ) bersama Konsulat Jeneral Republik Indonesia di Johor Bahru dan Taman Warisan...





