Setelah melalui masa silam yang penuh cabaran, termasuk penglibatan dalam geng dan dihukum penjara, Encik Mohammad Azimmi Jamaluddin, kini menggunakan pengalaman hidupnya bagi memberi inspirasi kepada golongan muda.
Setiap pagi Ahad, di padang bola sepak Sekolah Rendah Yishun, Encik Azimmi, 38 tahun, mengendalikan sesi latihan bola sepak yang bukan sahaja mengasah kemahiran, bahkan juga membina keyakinan dan menyediakan ruang selamat...





