Lawatan kami ke wilayah Xinjiang, China pada September lalu membuka tirai dengan pelbagai pengalaman luar biasa yang mengesankan, mencuit hati dan mencetuskan renungan mendalam.
Perjalanan kami meliputi empat bandar utama – Urumqi (empat hari), Turpan (dua hari), Kashgar (empat hari) dan Tashkurgan (satu hari) – setiap satu menawarkan perspektif berbeza tentang budaya, sejarah dan pengalaman masyarakat Muslim.





