Walaupun terpaksa bertukar tempat di saat akhir, himpunan membantah kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, ke Kuala Lumpur untuk menghadiri Sidang Puncak Asean ke-47 pada pagi 26 Oktober, tetap berlangsung, namun dengan penyertaan kecil kurang 200 peserta.
Penganjur mendakwa perubahan tapak himpunan dari Ampang Park ke Dataran Merdeka pada saat akhir yang hanya dapat dihebahkan pada pagi 26 Oktober...





