Penggunaan telefon bimbit bijak dalam kalangan remaja telah mencetuskan konflik yang kerap dalam keluarga, dengan separuh daripada mereka melaporkan kewujudan perselisihan faham dengan ibu bapa mereka.
Menurut dapatan satu kajian Institut Pengajian Dasar (IPS) yang dikeluarkan pada 16 Oktober, sekitar 56.8 peratus remaja yang ditinjau menyatakan mereka mempunyai lebih banyak perselisihan faham dengan ibu bapa mereka sejak menggunakan telefon bimbit...





