KUALA LUMPUR: Selepas tertangguh sejak Disember 2024, proses lelongan kereta mewah dan 727 barangan peribadi milik usahawan sensasi Datuk Seri Vida, atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, bakal dilelong pada 30 Oktober ini.
Menerusi notis perisytiharan jualan lelong yang disiarkan dalam ruang iklan sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan pada 15 Oktober, jualan berkenaan dilakukan oleh pemiutang, AH Design Communication Sdn Bhd...





