Pengendali pengangkutan awam SMRT telah memulakan tindakan disiplin terhadap seorang kakitangannya yang tidak memaklumkan atau mendapatkan kelulusan bagi pekerjaan sampingannya.
Dalam satu hantaran di Facebook pada 15 Oktober, SMRT berkata pihaknya dimaklumkan mengenai aktiviti kerja sambilan Encik Ja’afar Abdul Samad, melalui laporan Channel News Asia (CNA) pada 14 Oktober, yang menyatakan bahawa kakitangan syarikat itu terlibat dalam prosiding undang-undang bagi...





