Kerajaan Johor terus memperkukuh hubungan strategik dengan Singapura dalam bidang perancangan bandar, perumahan dan pembangunan mampan melalui siri lawatan kerja rasmi ke Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) serta Lembaga Taman Negara (NParks) Singapura.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor, berkata lawatan ke URA memberi peluang kepada delegasi rasmi negeri meneliti pendekatan pembangunan bandar moden...





