Dianggarkan sekitar 745 kanak-kanak dilahirkan di luar nikah setiap tahun oleh ibu warga Singapura di sini dari 2020 hingga 2024.
Dalam satu jawapan bertulis Parlimen pada 15 Oktober, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad berkata daripada kumpulan kanak-kanak ini, 12 daripada mereka kemudiannya diambil sebagai anak angkat oleh ibu bapa kandung mereka dalam tempoh lima tahun...





