Terletak berhampiran Clarke Quay, di tengah-tengah hiruk-pikuk kota dan deretan kafe serta prasarana moden, Masjid Omar Kampong Melaka (MOKM), berdiri megah sebagai lambang sejarah dan warisan awal Singapura.
Lebih dua abad lamanya, masjid tertua di Singapura itu menjadi tempat ibadah dan pertemuan masyarakat, menerima kehadiran pelbagai lapisan anggota jemaah daripada pelaut dan pedagang pada masa lalu sehinggalah kepada golongan karyawan...





