PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia akan mengambil tindakan tegas bagi menangani isu masalah disiplin dan keselamatan di sekolah termasuk yang dikaitkan dengan penggunaan serta pengaruh media sosial, kata Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata Jemaah Menteri akan bermesyuarat mengenai perkara terbabit dalam tempoh terdekat supaya ada tindakan yang boleh dilaksanakan.





