KUALA LUMPUR: Polis Malaysia menahan tujuh individu untuk siasatan berhubung hantaran di media sosial berunsur hasutan, ugutan, penghinaan, kenyataan menimbulkan kegentaran awam dan fitnah terhadap pemimpin negara.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar S. Muthuvelu, berkata semua tangkapan dibuat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian D5 JSJ Bukit Aman, susulan tujuh kes penularan video di...





