Terlalu banyak kerja pentadbiran dan tugas pemarkahan yang perlu dibereskan adalah antara punca tekanan yang paling kerap dilaporkan dalam kalangan guru di Singapura, menurut satu tinjauan sejagat baru.
Kajian Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) itu, yang meninjau sekitar 194,000 guru di seluruh dunia, mendapati antara sumber tekanan yang paling lazim dilaporkan guru Singapura meliputi perihal terlalu banyak melakukan kerja...





