Walaupun dunia pertunjukan awam yang berwarna-warni, atau dikenali sebagai getai, sinonim dengan masyarakat Cina, ia tetap menjadi pentas rezeki bagi penyanyi Melayu, Asmiyati Asbah, 57 tahun, yang telah lebih 20 tahun menceburi bidang itu.
Kebiasaannya, getai – yang dinyanyikan dalam bahasa Mandarin atau dialek Hokkien dan Kantonis – dipersembahkan ketika masyarakat Cina meraikan sambutan seperti Pesta Kuih Bulan atau Bulan...





