ISTANBUL: Aktivis antarabangsa yang tiba di Istanbul selepas diusir dari Israel berikutan bot bantuan kemanusiaan atau flotila mereka dipintas oleh tentera Israel ketika menuju ke Gaza pada 4 Oktober, berkata mereka telah diperlakukan dengan kekerasan dan “dilayan seperti binatang”.
Bot-bot Flotila Global Sumud (GSF) berlayar pada September untuk membawa bantuan ke Gaza yang dilanda perang, namun Israel menyekat bot-bot tersebut...





