JAKARTA: Pemerintah Indonesia menggantung operasi beberapa dapur penyedia makanan percuma yang dikaitkan dengan kes keracunan besar-besaran, namun menegaskan program makanan percuma nasional akan diteruskan dengan pengawasan yang lebih ketat bagi melindungi keselamatan penerima.
Ketua Badan Gizi Nasional (BGN) Encik Dadan Hindayana berkata keputusan itu dibuat selepas beberapa insiden keracunan melibatkan ribuan pelajar di beberapa wilayah sejak program yang menjadi tumpuan...





