Ruang selamat untuk perbincangan, rasa saling menghormati dalam mengutarakan pandangan yang berbeza, dan usaha berterusan membantu Palestin antara topik yang diutarakan sekumpulan rakyat Singapura semasa satu sesi dialog mengenai konflik Gaza yang dianjurkan akhbar Berita Harian (BH) dan Lianhe Zaobao (ZB).
Siri dialog terbuka Gaza Dari Lensa Kita itu – kerjasama yang pertama seumpamanya antara BH dengan ZB – mengumpulkan...





