PUTRAJAYA: Petugas kesihatan dalam skim perkhidmatan yang sama di Malaysia tidak lama lagi akan dapat menukar penempatan sesama sendiri dengan lebih mudah untuk berpindah ke kemudahan kesihatan atau pertukaran negeri.
Ia menyusuli langkah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperkenalkan wadah digital bagi pertukaran penempatan secara suka sama suka – dikenali sebagai Sistem Pertukaran Suka Sama Suka yang dijangka mula beroperasi pada...





