QUETTA , Pakistan: Sekurang-kurangnya lapan orang maut dan beberapa lagi cedera apabila sebuah kereta sarat bahan letupan meledak di hadapan ibu pejabat pasukan keselamatan separa tentera Pakistan di bandar Quetta, barat daya negara itu, pada 30 September. Letupan kuat itu disusuli tembakan antara penyerang dan pasukan keselamatan.
Menurut pihak berkuasa, empat lelaki bersenjata yang menaiki kereta tersebut keluar sebelum kenderaan...





