GOMBAK (Selangor): Ketiadaan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak menjadi punca utama seorang bayi lelaki berusia setahun tercampak keluar dari kenderaan sebelum maut dalam nahas ngeri di Plaza Tol Bukit Kajang, Selangor, pada 27 September lalu.
Menteri Pengangkutan Malaysia, Encik Anthony Loke, berkata laporan polis dan siasatan awal mendapati bayi terbabit tidak diletakkan dalam kerusi kanak-kanak ketika kejadian.





