WASHINGTON: Negara-negara Islam dan Arab utama menyatakan sokongan kepada pelan damai Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bagi menamatkan perang di Gaza pada 29 September, meskipun sebahagian rakyat Palestin menolaknya dan menyifatkan cadangan itu sebagai “sandiwara”.
Sokongan itu dizahirkan ketika Washington dan sekutunya di Eropah menggesa Hamas menerima rancangan yang digubal bersama Israel.





