Menghadapi cabaran perubahan teknologi serta selera pembaca yang kian beralih, seramai 70 ahli bahasa, guru, penulis, sasterawan dan anggota masyarakat berhimpun dalam Pertemuan Sastera 2025 untuk merangka hala tuju baru penulisan kreatif Melayu di Singapura pada 28 September.
Diadakan di Wisma Geylang Serai, acara anjuran Angkatan Sasterawan ’50 (Asas ’50) itu turut dihadiri Anggota Parlimen (AP) GRC Choa Chu Kang...





