Semangat perpaduan sosial terus kukuh dalam kalangan rakyat Singapura menyusuli kejadian kiriman bungkusan mengandungi daging khinzir ke Masjid Al-Istiqamah pada 24 September, kata Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.
Bercakap kepada pihak media selepas acara pembukaan rasmi Perkampungan Perancangan Legasi Islam (ILPV) di Singapore Expo pada 27 September, Dr Faishal berkata ramai rakyat...





