Pemerintah akan menaikkan had pendapatan bagi pembeli flat Bina Ikut Tempahan (BTO) serta menurunkan usia kelayakan pembeli flat bujang apabila keadaan sesuai, kata Menteri Negara Kanan (Pembangunan Negara merangkap Pengangkutan), Cik Sun Xueling.
Berucap di Parlimen pada 26 September, beliau berkata Jawatankuasa Penyelarasan BTO sedang meneliti beberapa isu seperti akses pengangkutan awam dan kekurangan kemudahan yang mungkin dihadapi penduduk kejiranan...





