Sekitar sepertiga daripada lebih 15,000 pekerja di Singapura dilaporkan mengalami tekanan kerja atau keletihan melampau, yang dipanggil ‘burnout’ atau lesu upaya pada 2024, menurut data daripada alat penilaian dalam talian percuma yang dibangunkan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) bersama beberapa rakan kerjasama.
Namun, kerana penyertaan dalam penilaian iWorkHealth adalah pilihan, sampel atau contoh ini mungkin tidak sepenuhnya mencerminkan keadaan keseluruhan tenaga...





