KOLKATA: Sekurang-kurangnya 12 orang maut selepas hujan lebat melanda kota timur India, Kolkata, dan kawasan sekitarnya, hanya beberapa hari sebelum perayaan terbesar Hindu, Durga Puja. Hujan berterusan itu menyebabkan banjir besar, melumpuhkan sistem pengangkutan dan menjejaskan persiapan festival tahunan tersebut.
Menurut Jabatan Meteorologi India (IMD), sebanyak 251.6 milimeter hujan direkodkan dalam tempoh 24 jam sehingga 23 September, menjadikannya hujan paling...





