Apabila sebuah karya penulis tempatan berjaya menembusi pasaran antarabangsa, ia bukan sahaja satu pencapaian peribadi, bahkan satu detik bersejarah yang mengangkat nama Singapura di persada sastera.
Itulah yang dirasakan Maria Mahat, seorang penulis Melayu/Islam Singapura, apabila novelnya, Maybe This Is Love, terbitan Rumaa Books, tersenarai sebagai buku terlaris di Malaysia, malah kini habis dijual di kedai buku tempatan seperti Wardah.





