SHAH ALAM (Selangor): Polis Malaysia melumpuhkan sindiket penyeludupan dan pengedaran fentanyl melalui beberapa operasi berasingan di tiga negeri pada Ogos lalu, dengan lebih satu tan opioid sintetik berbahaya itu dirampas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan, berkata semua fentanyl yang turut digelar sebagai ‘dadah zombie’ itu dirampas melalui Op Black Ash yang dijalankan di...





