KAHIRAH: Satu perjanjian bagi melatih bakal asatizah Singapura tentang pendekatan pendidikan Islam dalam masyarakat moden telah diperbaharui pada hari terakhir lawatan negara Presiden Tharman Shanmugaratnam ke Mesir.
Memorandum Persefahaman (MOU) itu, yang diperbaharui pada 22 September antara Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dengan Universiti Al-Azhar di Kahirah, pertama kali ditandatangani oleh kedua-dua pihak pada 2019.





