Mereka yang ingin ke Johor Bahru kini boleh menempah perjalanan rentas sempadan yang ditawarkan pengendali teksi, Strides Premier, melalui borang dalam talian.
Dalam satu hantaran di Facebook pada petang 19 September, pengendali itu berkata tempahan boleh dibuat melalui borang di laman web mereka dengan khidmat pengambilan penumpang tersedia di seluruh Singapura, lapor The Straits Times (ST).





