NEW YORK: Gelombang sokongan terhadap pengiktirafan negara Palestin semakin memuncak, dengan lebih banyak negara dijangka membuat pengumuman rasmi sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-80 di New York pada 22 September.
Perkembangan itu menyusul selepas Britain, Canada dan Australia pada 21 September mengumumkan secara rasmi pengiktirafan mereka terhadap Palestin – satu keputusan bersejarah yang dijangka memberi kesan besar kepada...





