Pesakit yang menghidap pelbagai penyakit kronik atau akut dan mendapatkan rawatan di hospital awam hanya perlu berurusan dengan seorang doktor sahaja untuk mendapat rawatan menyeluruh mengikut model penjagaan baru yang diumumkan Kementerian Kesihatan (MOH) pada 20 September.
Di bawah model baru itu, doktor yang berperanan sebagai Doktor Utama akan membangunkan pelan penjagaan menyeluruh untuk pesakit dengan mendapatkan kepakaran daripada doktor...





