Selepas ‘bertegang urat’ atas beberapa isu dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), yakni rakan dalam gabungan pembangkang Perikatan Nasional (PN) sejak seminggu lalu, Parti Islam SeMalaysia (PAS) menyatakan komitmen untuk terus teguh bersama PN.
Kenyataan itu ditegaskan Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad, yang menekankan kepentingan untuk gabungan PN terus teguh bekerjasama terutama dalam cabaran menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16...





