ALOR SETAR (Kedah): Parti Islam SeMalaysia (PAS) menyifatkan ketetapan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menamakan calon Perdana Menteri sebagai melangkau keputusan yang sepatutnya dibuat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN).
Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata PN mempunyai empat wakil parti komponen yang mempunyai hak sama rata dalam berbincang dan membuat keputusan.





