Para pemimpin Singapura merakamkan ucapan tahniah kepada para pemimpin Kemboja pada 15 September, sempena ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik kededua negara.
Dalam sepucuk surat kepada Raja Norodom Sihamoni, Presiden Tharman Shanmugaratnam menekankan persahabatan lama yang telah terjalin antara kededua negara, yang berkembang daripada hubungan rapat mantan raja Kemboja, Raja Norodom Sihanouk dan perdana menteri pengasas Singapura, mendiang Lee Kuan Yew.





