Hampir 10,000 pekerja akan dapat meraih kenaikan gaji purata sebanyak 5 peratus melebihi kadar kenaikan tahunan mereka, melalui Geran Jawatankuasa Latihan Syarikat (CTC) kelolaan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC).
Kumpulan pekerja itu – termasuk karyawan, pengurus dan eksekutif – berpeluang menikmati kenaikan gaji, elaun kemahiran atau laluan kerjaya berstruktur di bawah Pelan Pembangunan Kerjaya (CDP), kata NTUC dalam satu kenyataan...





