KOTA BHARU (Kelantan): Tanda tanya sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza ditinggalkan di tepi jalan di Kampung Banggol Kulim, Rantau Panjang di sini, pada 19 Ogos lalu terjawab dengan penemuan 279.04 kilogram (kg) dadah jenis syabu bernilai hampir RM9 juta ($2.74 juta).
Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long, berkata pihaknya menerima maklumat...





