Institut Teknologi Singapura (SIT) membuka lembaran baru dengan pelancaran kampus moden di Daerah Digital Punggol (PDD), yang sejak September 2024 telah menjadi ‘rumah kedua’ bagi sekitar 11,000 pelajar.
Golongan pelajar ini telah berpindah dari enam kampus politeknik di serata Singapura, termasuk kampus utama SIT di Dover, dan kampus satelit di lima politeknik lain.





