Dana Masyarakat (ComChest) meningkatkan sokongannya terhadap kesihatan mental dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan pembiayaan bagi program untuk kesejahteraan minda ditambah daripada $9.11 juta pada 2022 kepada $13.35 juta pada 2024.
Ini dikongsi Presiden Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS), Cik Anita Fam, dalam satu acara berjalan kaki amal tahunan, Community Chest Heartstrings Walk 2025, yang diadakan di Marina Bay Sands...





