Pencinta muzik dan seni tentunya tidak ingin melepaskan peluang bertemasya, bernyanyi dan berseronok di tepi pantai sambil menikmati sajian hiburan yang mampu menyegarkan semangat setelah lelah menjalani rutin kehidupan seharian.
Antara 12 dengan 14 September, satu pesta muzik, kesenian, makanan dan hiburan iaitu, Ombak Festival 2025, bakal menemui penonton di Desaru Coast, Johor Bahru, Malaysia.





