NEW DELHI: Singapura yakin dengan masa depan India, dan keyakinan itu dibuktikan melalui tindakan konsisten serta rekod kerjasama kukuh republik tersebut, kata Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, pada 3 September.
Syarikat dari kedua-dua negara boleh memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk kecerdasan buatan (AI), bioteknologi, tenaga hijau dan semikonduktor, ujar Encik Wong dalam catatan di Facebook pada hari pertama lawatannya...





