KAHIRAH: Kumpulan Hamas mengulangi kesediaannya untuk mencapai perjanjian gencatan senjata Gaza yang menyeluruh termasuk pembebasan semua baki tebusan Israel sebagai pertukaran dengan sejumlah tahanan Palestin.
Kenyataan kumpulan itu dibuat sejurus selepas Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, menggesa Hamas membebaskan kesemua 20 tebusan.





