Berbekal aspirasi mencipta ruang lebih selamat dan mesra alam bagi memperbaiki kehidupan masyarakat, Encik Zaheer Abdul Malik, 26 tahun, berusaha menimba pengetahuan mengenai persekitaran pembinaan di Switzerland dengan sokongan Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM).
Penuntut sarjana muda sains jurusan pengurusan kemudahan projek, dengan pengkhususan kedua dalam pembangunan bandar mampan, Universiti Nasional Singapura (NUS) itu mendapat satu-satunya tempat bagi jurusan tersebut...





